Sunday, 25 March 2012

CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH


ASSALAMUALAIKUM ..
hai, nama saya intan miasara, Korg buley pggil saya intan.Umo 19thn, hah, itu la serba sedikit pasal diri saya..
Hari ini saya hendak berkongsi dgn korg tentang TIPS UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH..
ini berdasarkan pengalaman saya laa ..
tips ni agak berguna utk korg yg putus cinta especiallynya :)
oke,tanpa membuang masa,jom kita tengok apa tipsnya :

1.ANGGAPLAH SI DIA TIDAK PERNAH WUJUD DALAM HIDUP KORANG
saya akui memang susah utk kita melupakan seseorang especially org yg prnah kita sayang,tp x mustahil kita dpt melakukannya. korang anggap sahaja mereka tdk prnah wujud dalam hidup korang, korang cuba fikir benda buruk pasal si dia, insyaallah lama2 korang boleh melupakan si dia tanpa korang sedari.

 2.KORANG CUBA BUANG BARANG YANG SI DIA PERNAH BAGI KPD KORANG
 kalau rasa sayang nak buang tu, cuba letak di satu tempat yg selamat seperti dalam almari. korang jangan sesekali pandang barang2 tersebut, biarkan sahaja ia disitu.

3.DELETE SEMUA GAMBAR KENANGAN BERSAMA
korang delete semua gambar kenangan korang bersama, ia akan membuatkan korang mudah utk melupai si dia. 

4.SIBUKKAN DIRI DGN KERJA YG BERFAEDAH
selain itu, korang juga boleh sibukkan diri korang dgn melakukan kerja yg berfaedah seperti pergi bersenam,pergi gym dan sebagainya. dgn cara itu, sedikit sebanyak boleh mengurangkan korang drpd memikirkan si dia. selain itu, tubuh badan korang juga semakin sihat .

5. JANGAN SESEKALI STALK FB,TWITTER,MYSPACE SI DIA
korang jgn sesekali cuba utk stalk account fb,twitter,myspace si dia utk mengelakkan korang dari berasa cemburu,dendam dan sebagainya. sebaliknya abaikan si dia, jangan terlalu fikirkan si dia.

6. JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA
korang jgn sesekali berasa hidup korang dah tdk berguna sebaliknya korang bersyukur kerana korang lebih berpeluang utk ubh hidup korang menjadi lebih baik. setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.

7. JANGAN TERLALU BERSEDIH
korang jgn terlalu bersedih kerana ada peluang yg lebih baik menanti anda dan janganlah mudah menyerah disebabkan putus cinta. ia mengajar kita utk menjadi lebih kuat dan bukannya melemahkan kita .

8. BANYAKKAN BERDOA
korang banyakkanlah berdoa agar dipertemukan jodoh dgn org yg lebih baik dprd si dia. hidup mesti diteruskan walau apa pun yg terjadi.


insyaallah, jodoh itu rahsia ALLAH ..
sekuat mana kita bersabar,
sekeras mana kita berusaha,
sebanyak mana kita mencurahkan kasih sayang,
jika ALLAH tdk menulis jodoh kita bersamanya
maka kita tdk akn bersama dengannya ..
ALLAH lebih mengetahui siapa jodoh yg terbaik utk kita
so,bykkanlah berdoa ...
ia membuat kita lebih kuat dan tabah bukannya menjadikan kita seorang yang lemah ....



No comments:

Post a Comment